Polis Temui Mayat Bayi Lelaki Rentung

Papar: Beberapa pekerja pasar raya yang mahu membuang sampah terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan rentung di tapak pembuangan sampah di Kilometer 2 Papar, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan George Abd Rakhman berkata, mayat bayi itu ditemui pada 12.30 tengah hari dan masih bertali pusat.

Katanya, aktivit pembakaran di kawasan itu dipercayai punca mayat bayi terbabit rentung.

 “Polis yang menerima maklumat orang awam berhubung kejadian mengarahkan anggota ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan menemui mayat bayi lelaki dalam keadaan rentung,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa tompokan darah dari tandas yang terletak kira-kira 10 meter dari lokasi penemuan mayat bayi berkenaan.

“Mayat bayi ini dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.”

Harian Metro

Leave a Reply