Minyak ‘Recycle’? Jangan Risau, FELDA Tawar Minyak Masak Berkualiti Paket 1kg

MASYARAKAT kita digusarkan dengan isu minyak masak sawit baru-baru ini, bermula dengan isu kekurangan bekalan minyak masak yang didapati berlaku di keba­nyakan kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara sehingga menimbulkan keluhan ramai pengguna serta peniaga makanan.

Terbaharu, penyelarasan subsidi minyak masak yang mana skim harga baharu akan mula berkuatkuasa pada 1 November 2016 menjadi topik perbualan utama.

Tidak kurang juga pendedahan terhadap peniaga yang tamak ingin mengaut keuntungan atas angin dari harga baru, menyorokkan bekalan minyak masak sedia ada untuk dijual dengan harga baharu.

Oleh kerana minyak masak sawit bersubsidi hanya terhad kepada yang dipaketkan dalam saiz 1kg sahaja dengan penyelarasan subsidi terkini, maka masyarakat kita dimomokkan pula dengan kisah minyak ‘recycle’ iaitu minyak yang telah diguna, diproses semula untuk dipaketkan.

Jika benar minyak masak sawit yang dipaketkan adalah minyak proses semula dan berkualiti rendah, menjadi tanda tanya juga kenapa selama ini minyak masak bersubsidi negara kita mendapat permintaan yang tinggi sehingga membawa kepada berlakunya aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi ter­sebut ke negara jiran.

Ini jelas menunjukkan bahawa minyak masak bersubsidi keluaran Malaysia sememangnya diakui berkualiti tinggi sehinggakan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk di kawasan selatan negara jiran seperti wi­layah Narathiwat dan Pattani.

Harga sepaket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram (1kg) di negara ini dijual dengan harga RM2.50, namun diseludup keluar dan dijual dua kali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM4 di negara jiran.

Jadi, benarkah minyak masak sawit bersubsidi keluaran Malaysia adalah minyak masak berkualiti rendah dan minyak ‘recycle’?

Minyak Masak Paket Keluaran FELDA Berkualiti Tinggi

Minyak masak paket 1kg cap Tiga Udang keluaran FELDA
Minyak masak paket 1kg cap Tiga Udang keluaran FELDA

Masyarakat kita amat mudah termakan hasutan dan cepat mempercayai kisah-kisah karut dan mitos,

Sering kali kita terdengar berita atau khabar angin bahawa minyak masak sawit jenis paket yang ada di pasaran negara kita kebanyakannya adalah minyak masak yang sudah diguna, diproses semula atau minyak masak yang tiada kualiti, seterusnya membuatkan kita curiga dan was-was untuk menggunakan minyak masak jenis paket.

Oleh itu, kepada pengguna yang kurang berkemampuan untuk membeli minyak masak yang dibotolkan atau pengguna yang ingin menikmati dan memaksimakan subsidi yang diberikan, boleh mendapatkan minyak masak sawit yang dipaketkan dengan kualiti tinggi keluaran FELDA.

Tiga Udang merupakan jenama minyak masak sawit keluaran FELDA yang dipaketkan dalam saiz 1kg yang diusahakan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Minyak masak sawit cap Tiga Udang ini mudah diperolehi di Tesco dan lain-lain pasar raya serta kedai runcit. Bagi yang menetap di luar bandar boleh mendapatkannya di kedai-kedai runcit berdekatan.

Selain berkualiti tinggi dan berkhasiat tanpa kolestrol, minyak masak cap Tiga Udang ini juga dijamin kebersihannya.

Jadi, kepada pengguna yang masih ingin terus menggunakan minyak masak sawit bersubsidi yang berkualiti, boleh beralih penggunaan kepada minyak masak paket cap Tiga Udang ini.

Boleh gunakan tanpa rasa curiga dan was-was. Tidak perlu risau lagi terbeli minyak ‘recycle’ atau minyak paket proses semula yang sering dimomokkan.

Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB)

saji1

Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah ditubuhkan pada tahun 2000, merupakan anak syarikat FELDA Global Ventures Holdings Bhd.

DOPSB telah berkembang menjadi syarikat yang pelbagai seperti hari ini dengan operasi yang merangkumi penapisan minyak sawit, pembuatan produk minyak sawit diproses, dan pengedaran produk industri dan pengguna.

Selain minyak masak paket cap Tiga Udang ini, Delima Oil Product turut mempunyai rangkaian produk pelbagai jenama.

Antara yang cukup popular adalah jenama Saji dan Adela yang mendapat perhatian dari kalangan pengguna Islam yang menitik beratkan produk Halalan Toyyiban untuk penggunaan harian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk-produk keluaran DOPSB ini, pengguna bolehlah layari laman sesawang DOPSB di https://fgvdelima.com/Pages/newhome.aspx.

24 thoughts on “Minyak ‘Recycle’? Jangan Risau, FELDA Tawar Minyak Masak Berkualiti Paket 1kg

  • Pingback: FELDA Tawar Minyak Masak Berkualiti

  • Pingback: FELDA Tawar Minyak Masak Berkualiti – akuwebhost002

  • Pingback: FELDA Tawar Minyak Masak Berkualiti – 1Malaysia.Biz

  • November 4, 2016 at 10:24 am
    Permalink

    Macam nana bak oder

    Reply
    • November 4, 2016 at 8:16 pm
      Permalink

      Kalau saudara pengguna domestik, boleh beli di Tesco. Jika saudara berniaga atau pengedar boleh hubungi DOPSB. Dibawah rencana saya ada sertakan pautan. Terima kasih.

      Reply
  • November 4, 2016 at 7:56 pm
    Permalink

    Adalah felda bercadang untuk mengeluarkan produk keju dari sawit. Seperti mozarella, cedar dll.

    Reply
    • November 4, 2016 at 8:14 pm
      Permalink

      Rasa saudara tersilap ni. Keju bukan margerin atau butter. Keju bukan produk dari minyak. Keju adalah produk tenusu yang dibuat dari susu dan vinegar. Yang ada possibility keluarkan produk keju ni cuma projek ternakan/tenusu Felda yang ada di Chini. Then barulah Felda ada produk keju macam parmesan, mozarella, cheddar dll…

      Reply
  • November 4, 2016 at 9:28 pm
    Permalink

    blh saya tau, knp felda tidak menggunakan jenama saji untuk pek 1 kg… adakah proses berlainan… terima kasih

    Reply
    • November 4, 2016 at 9:35 pm
      Permalink

      Proses minyak sama sahaja. Tidak ada kilang yang hendak membuang masa dan cost semata-mata nak asingkan pengeluaran minyak. Itu bukan lagi untung, rugi adalah. Pengasingan jenama memudahkan urusan merekod dan menuntut subsidi berkenaan. Kerajaan bayar subsidi kepada syarikat ikut keluaran paket yang dikeluarkan.

      Reply
  • November 4, 2016 at 9:53 pm
    Permalink

    Bolehkah saya mendapat stok minyak paket 1 kg dengan kuantiti yg banyak? Jika boleh bagaimana caranya

    Reply
    • November 4, 2016 at 10:18 pm
      Permalink

      Sila hubungi Delima Oil Product di pautan yang saya sertakan dibahagian bawah rencana. Terima kasih.

      Reply
  • November 4, 2016 at 11:29 pm
    Permalink

    Selain di Tesco, di pasar raya mana lagi ada jual minyak masak peket cap 3 udang ni.

    Reply
  • November 5, 2016 at 4:10 am
    Permalink

    Masa dok guna Saji 5kg pun susah dpt dikedai runcit,pasaraya pun tertentu saja,inikan pula brand 3udang ni…marketing Felda tak canggih walaupun tengok iklan billboard,tv bagai…hampehhh

    Reply
    • November 5, 2016 at 5:53 am
      Permalink

      Felda keluarkan minyak dalam kuantiti yang sama setiap bulan sepertimana yang diperuntukkan oleh kerajaan. Tidak pernah turun jumlahnya. Jadi ada dua kemungkinan;
      Pertama: pengguna Islam dah semakin buka mata dan mencari produk2 keluaran syarikat Bumiputra/Islam yang diyakini Halal dan bersih (Halalan Toyiban), menjadikan jumlah pertambahan pengguna. Kuantiti pengeluaran oleh Felda sama, yang berlaku adalah pertambahan pengguna terutama pengguna Islam yang beralih dari jenama syarikat bukan Islam ke jenama FELDA.
      Kedua: penyeludupan yang dilakukan pihak2 tidak bertanggungjawab.

      Reply
  • November 5, 2016 at 8:12 am
    Permalink

    X pernah jumpa 3 udang
    1 udang pernah jumpa

    Reply
  • November 5, 2016 at 2:00 pm
    Permalink

    Tak pernah jumpa brand ni.. Knp pakej 1kg jer yg boleh dijual murah? Adkh kualitinya sama dgn brand saji? Sy biasa beli saji 5 kg setiap bln. Bl beli paket, blh ke beli smp 5 paket?

    Reply
  • November 5, 2016 at 6:50 pm
    Permalink

    Saya nak pasarkan di Sabah..apa caranya?

    Reply
    • November 5, 2016 at 8:45 pm
      Permalink

      Sila berhubung dengan DOPSB di pautan yang saya sediakan di akhir rencana ini. Terima kasih.

      Reply
  • November 5, 2016 at 11:07 pm
    Permalink

    Minyak keluaran bumiputera byk diboikot oleh peniaga bukan bumiputra , sbb tu byk yg x jumpa kat pasaraya . Bila tanya pekerja pasaraya , kebanyakkan company tu mmg x ambik minyak keluaran bumiputera sbg cth DSaji , Adela dll yg 100% keluaran bumiptra.

    Reply
    • November 6, 2016 at 9:59 am
      Permalink

      Mmg betul kenyataan tu… saya tak pernah tgk minyak peket 3 udang ni

      Reply
  • Pingback: Minyak Masak Sawit: Sebagai Pengguna Perlu Bijak Memilih | Suara Anak Muda FELDA

  • November 13, 2016 at 9:45 am
    Permalink

    3 udang ada dijual di aoenbig seksyen 23 shah alam

    Reply
  • November 15, 2016 at 11:14 pm
    Permalink

    Saya baru beli minyak ni tadi di pasaraya mirwana kuantan tapi hanya dihad kan 2 paket setiap orang .

    Reply
    • November 15, 2016 at 11:18 pm
      Permalink

      Buat masa sekarang memang banyak tempat yang hadkan pembelian sebab tak mahu peniaga yang ambil kesempatan beli banyak-banyak sedangkan minyak tersebut adalah tidak boleh dijual kepada peniaga.

      Reply

Leave a Reply