Koperasi Permodalan FELDA Terima Anugerah Francaisi Malaysia Terbaik

KUALA LUMPUR – Ar-Rahn dibawah kendalian Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) telah memenangi Anugerah Francaisi Malaysia Terbaik pada Malam Anugerah Francais Malaysia (MAF) 2016 di sini, malam tadi.

Ar-Rahn KPF merupakan perkhidmatan pembiayaan bercagar emas (sistem pajak gadai islam) yang telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional yang mana bertujuan untuk menghapuskan riba dan gharar.

Sementara itu, Revenue Valley Sdn Bhd. yang merupakan syarikat pengendali restoran kasual makanan barat, The Manhattan Fish Market berjaya merangkul empat anugerah termasuk anugerah utama.

Syarikat tersebut menggondol Anugerah Francais Keseluruhan Terbaik, Francaisor Terbaik, Francaisor Antarabangsa Terbaik dalam kategori sistem francaisi dan anugerah Francaisi Harapan Malaysia Terbaik.

Pengendali restoran ala mamak Teh Tarik Place, Teh Tarik Place Sdn Bhd. berjaya memenangi Anugerah Francaisor Harapan Terbaik.

Bagi kategori terbuka tanggungjawab sosial korporat (CSR), Anugerah Francais Terbaik dimenangi oleh Avon Cosmetic (M) Sdn Bhd (Avon) manakala Inovasi Francais Terbaik dimenangi Myhomme Group Resources (M) Sdn Bhd (Aquanano).

Anugerah Francaisi Harapan Antarabangsa Terbaik pula dimenangi oleh Top Notch Establishment Sdn Bhd (McDonald’s), sementara Anugerah Francaisi Harapan Malaysia Terbaik dimenangi Nutrafood Resources Sdn Bhd – The Manhattan Fish Market.

Trofi dan sijil disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.