Dua Nelayan Disyaki Diculik

KOTA KINABALU – Dua kru bot nelayan, termasuk juragannya dikhuatiri diculik di perairan Merabung, Lahad Datu, awal malam semalam.

Sumber memberitahu, kejadian berlaku pada jam 7.20 malam, namun tidak diketahui status kewarganegaraan mangsa dan bilangan suspek.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa kru lain sedang menangkap ikan sebelum didatangi sebuah bot yang kemudian membawa lari juragan dan seorang kru menuju ke arah perairan FELDA Sahabat, Lahad Datu.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada maklumat rasmi daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Difahamkan, pasukan keselamatan sudah menggerakkan asetnya untuk menjalankan pemantauan.

Awal bulan ini, dua juragan warga Indonesia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Kinabatangan. – BH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.