10 Pusingan Cub Prix 2017 Pertimbang Tujuh Kategori Perlumbaan

KUALA LUMPUR – Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumuman jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan.

Honda One Make Race

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas dan pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’ bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

CP130

“Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini.”

“Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelasnya.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:

Kalendar Cub Prix 2017

Pusingan 1
Temerloh, PAHANG
4 & 5 Mac

Pusingan 2
MAEPS, SELANGOR
25 & 26 Mac

Pusingan 3
KELANTAN
14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 4
MELAKA
13 & 14 Mei

Pusingan 5
JOHOR
15 & 16 Julai

Pusingan 6
Teluk Intan, PERAK
4 & 5 Ogos

Pusingan 7
Kemaman, TERENGGANU
8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 8
Kangar, PERLIS
7 & 8 Oktober

Pusingan 9
Jempol, N. SEMBILAN
4 & 5 November

Pusingan 10
Batu Kawan, P. PINANG
18 & 19 November

Leave a Reply