Jangan Mimpi Mahathir Nak Minta Maaf Dan Mengaku Salah

Tun Mahathir mempunyai satu sifat yang sama dengan orang yang pernah dia penjarakan, iaitu Anwar Ibrahim.

Sifat yang dimaksudkan adalah ‘tidak akan mohon maaf dan mengaku salah‘.

Sehingga hari ini, Anwar masih belum mengaku salah diatas kes liwatnya di zaman Mahathir mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.

Bahkan kesnya bersama Saiful Bukhari juga Anwar tidak pernah mengaku salah dan masih enggan memohon maaf.

Mahathir juga begitu, kes pembunuhan orang Islam Memali pun yang ada hanyalah kertas putih versi kerajaan dan langsung tiada ucapan mohon maaf dan mengaku salah.

Mengikut kata saksi yang mengetahui tragedi Memali ini, jika Polis menunggu lebih lama dan mengepung kampung itu, pasti pemberontak Memali itu akan menyerah diri tanpa perlu ada insiden tembak menembak dan pembunuhan, tetapi semua pun tahu sejarahnya.

Cuma pembunuhan orang Islam ini membuatkan Mahathir semakin diterima oleh Amerika dan negara Barat secara sulit kerana mereka melihat Mahathir sebagai anti Islam dan ektremis kerana sanggup membunuh umat Islam.

Kali ini, setelah dikecam oleh pelbagai pihak kerana kenyataan politiknya berkenaan Haji tajaan 1MDB, Mahathir sehingga kini kesunyian dan keseorangan.

Sehingga kini juga belum ada agamawan atau orang yang berstatus ustaz dan ulama menyokong kenyataan haram versi politik Mahathir.

Malah Ustaz politik pun belum ada yang muncul mempertahankannya.

Mengaku salah dan memohon maaf adalah ‘No-No‘ dalam kamus politik Mahathir.

Ia petanda ‘defeat‘ (kekalahan) dan akur kepada kebenaran pada yang berlawanan dengan pendirian dirinya.

Cakaplah apa pun, Mahathir tidak akan meminta maaf dan mengaku salah.

Tambah lagi 1MDB sudah ditetapkan pada sidang bersama orang-orang kayanya di London (seperti yang tertulis di blog Raja Petra Kamaruddin) untuk dijadikan ‘alat’ serangan.

Sepanjang Dato’ Sri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, hanya 1MDB dan sekali sekala GST dan terakhir BR1M sahaja yang Mahathir dapat ungkitkan.

Pusinglah ke mana pun, itu juga isu yang Mahathir ada, itu pun dia kisarkan cerita dari pelbagai sudut, tanpa pembuktian.

Sedangkan semasa pentadbiran Mahathir, berpuluh isu dan penyelewengan terjadi yang boleh dimainkan.

Malah untuk isu siasatan BMF pun kebodohan telah terjadi apabila pentadbiran Mahathir menghantar hanya seorang auditor iaitu arwah Abd Jalil untuk menyiasat kes mega tersebut, seolah-olah mengirim ajal kepadanya.

Kini ramai juga melihat Mahathir dengan kedegilannya, semakin tua semakin melalut dan enggan memohon maaf.

Pada sesiapa yang mengharapkan Mahathir untuk meminta maaf, anggap sahajalah ia sebagai mimpi di siang hari.

Mustahil untuk Mahathir melakukan yang sedemikian atas sebab isu-isu yang dimainkan dari isu 1MDB sehingga fatwa haram haji adalah isu pautan maut kepadanya.

Hidup mati Mahathir dalam perjuangan peribadinya yang mahu merebut kuasa amat bergantung kepada isu itu.

Jika Mahathir meminta maaf dan mengaku salah, bermakna dia sudah mengaku dia sengaja mencipta isu dan terdedahlah ia permainan yang sama ketika dia menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.

Semua tuduhan terhadap Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Perdana Menteri pun belum lagi Mahathir mengaku salah dan meminta maaf.

Dari memfitnah skim ‘Oil for Food‘ sehingga lah kes ‘level 4‘ dan isu ‘Scomi‘, Mahathir masih belum memohon maaf.

Sebaik sahaja Tun Abdullah Badawi isytihar untuk mengundur diri, terus sahaja Mahathir buat tidak reti dan sepikan diri. Jelas sekali ia hanya untuk ugutan semata-mata.

Samalah juga yang cuba dilakukan terhadap Najib Razak hari ini.

Mahathir umpama Rafizi Ramli, dan sudah setaraf dengannya ‘boy who cried wolf too often‘, apabila betul serigala muncul tiada siapa lagi yang mempercayainya.

Maka kepada mereka yang sangka Mahathir ada ‘conscience‘ agama dan akan meminta maaf atas keceluparannya, hentikan sahaja mimipi itu, Mahathir hanya ada perkiraan politik sahaja, perhitungan agama sememangnya tiada lansung dalam agendanya.

Politik Mahathir tiada dosa dan pahala, yang ada matlamat sahaja.

Jika Mahathir meminta maaf, maka seluruh Parti Pribumi tumbang kerana asas perjuangan mereka berdiri atas pembohongan dan fitnah Mahathir.

Meminta maaf tiada dalam kamus Mahathir, anda hanya harus memohon maaf bila anda rasa bersalah sahaja.

Dalam hal Mahathir dia tidak pernah rasa salah, hanya dia sahaja yang betul, yang salah orang lain sahaja.

Tambah lagi, egonya umpama ‘supermoon‘, jadi mustahil dia akan meminta maaf dan mengaku salah.

Mahathir hanya meminta maaf kepada orang yang dituduhnya sebagai rasis nombor 1, iaitu Lim Kit Siang dan memohon maaf pada Anwar yang dikatakannya sebagai peliwat.

Itu pun meminta maaf disebabkan keperluan terdesak hendak sambung nyawa politiknya.

Pada jemaah haji yang dikatanya haji tidak mabrur, Mahathir tidak pernah rasa bersalah dan mahu meminta maaf.

Mahathir lebih rasa bersalah terhadap Kit Siang dari meminta maaf atas tuduhannya kepada jemaah haji.

Leave a Reply