Pengerusi FELDA Luang Masa Bersama Peneroka Di Wilayah Johor Baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah meluangkan masa bersama warga peneroka dan generasi baharu FELDA di sekitar FELDA Wilayah Johor Baharu menerusi Program Ramah Mesra FELDA, di sini, Ahad.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan lawatan ke beberapa tempat seperti di Projek Sentuhan Kasih, FELDA Tenggaroh 3; Dewan Semai Bakti FELDA Tenggaroh 1 dan berakhir di FELDA Endau, Mersing.

Sepanjang program ini, Pengerusi FELDA yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu, sempat menunaikan solat maghrib berjemaah bersama warga peneroka dan Pengurusan FELDA di Masjid Jamek Al-Amin FELDA Tenggaroh 1 sebelum bergerak ke sesi ramah mesra yang telah dijadualkan di Dewan Semai Bakti FELDA Tenggaroh 1.

Dikesempatan itu juga, Shahrir mengadakan lawatan kerja ke pejabat Rancangan FELDA Endau disamping melihat sendiri pentadbiran dan persekitaran kawasan rancangan.

Turut serta dalam Program Ramah Mesra FELDA bersama Pemgerusi FELDA adalah Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Ekonomi), Datuk Ab. Ghani Mohd. Ali dan Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek.

Program Ramah Mesra FELDA bersama Pengerusi FELDA akan diteruskan di Wilayah Kuantan pada 7 Februari 2017.

Leave a Reply