PGBF: Pengerusi FELDA Tinjau Status Terkini Projek Sekitar Wilayah Kuantan

KUANTAN – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad meneruskan lawatan kerjanya hari ini bagi memantau isu-isu di sekitar FELDA Wilayah Kuantan sekali gus beramah mesra bersama warga penerokanya.

Terdahulu, Shahrir telah memulakan aktiviti turun padang ini menerusi Program Ramah Mesra FELDA pada Ahad lalu di Wilayah Johor Baharu.

Dalam lawatan kerjanya sekitar Wilayah Kuantan hari ini, Shahrir telah melakukan tinjauan ke Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) di FELDA Bukit Sagu 1 dan turut berkesempatan melawat ke seluruh kawasan projek termasuk projek terbengkalai bagi mengetahui status terkini projek-projek tersebut.

Di samping lawatan kerja ini, beliau sempat mengadakan sesi perjumpaan di Dewan Semai Bakti FELDA Sg. Panching Selatan bersama warga peneroka dan kepimpinan FELDA Wilayah Kuantan.

Kredit foto: Unit Studio

Leave a Reply