Jalan Runtuh: Jalan FELDA Redong Ke FELDA Selancar Dibuka Untuk Motosikal Sahaja

SEGAMAT – Jalan FELDA Redong ke FELDA Selancar yang runtuh berikutan banjir yang berlaku baru-baru ini masih dalam penyelenggaraan dan kini hanya dibuka bagi laluan motorsikal sahaja sehingga kerja-kerja baik pulih jalan selesai.

Jalan tersebut masih ditutup kepada semua jenis kenderaan berat.

Menurut penduduk yang ditemui, Hailmi Muhammad, banjir yang melanda berpunca dari hujan lebat berpanjangan mengakibatkan air tasik yang melimpah telah menghakis jalan dan menyebabkan berlakunya runtuhan.

“Jalan ini masih lagi dalam penyelenggaraan dan ditutup kepada semua kenderaan kecuali motosikal sahaja.”

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dah sedut air kerana air tasik bertambah walau pun hari tidak hujan.”

“JPS mempercepatkan proses kurangkan air dalam tasik supaya kerja-kerja baik pulih jalan dapat dilakukan tanpa gangguan limpahan air,” katanya kepada FeldaVoice yang ditemui hari ini.

Menurut Hailmi, jalan tersebut penting kerana ia merupakan jalan paling dekat bagi penduduk Selancar untuk ke Hospital Segamat manakala jalan alternatif pula terlalu jauh dan memakan masa.

“Biasanya pengguna dari Johor ke Kuantan akan melalui jalan ini sebagai jalan pintas. Ada laluan alternatif lain iaitu menghala ke Taman Yayasan tetapi beza masa laluan itu hampir 4 kali ganda jauh.”

“Jalan ini jalan pintas yang hanya memakan masa 30 minit sahaja berbanding dengan jalan alternatif yang mengambil masa hampir 1 jam 30 minit.”

“Sebab itu jalan ini sangat penting. Ini merupakan jalan paling dekat bagi penduduk di Selancar hendak ke Hospital Segamat,” jelasnya.

 

5 thoughts on “Jalan Runtuh: Jalan FELDA Redong Ke FELDA Selancar Dibuka Untuk Motosikal Sahaja

  • April 11, 2017 at 5:23 pm
    Permalink

    sekarang dah boleh lalu ke?

    Reply
    • April 21, 2017 at 5:34 pm
      Permalink

      dah ok jalan ni. boleh lalu.

      Reply
  • April 23, 2017 at 10:00 pm
    Permalink

    Kereta bile bole lalu ye encik

    Reply
    • May 20, 2017 at 9:32 am
      Permalink

      Dah dahhh, dy mcm ade buat lencongan sikik kat tepi tu, kiranye kereta boleh lalu. kalau lori, myb susah sikik kot nak lalu.

      Reply
  • May 31, 2017 at 12:30 am
    Permalink

    kenderaan 4 roda,motosikal boleh lalu..ada lencongan.. maxima 3 tan untuk kenderaan paling berat..

    Reply

Leave a Reply