Jalan Utama Pulih Selepas Banjir Kilat

KUALA LUMPUR – Sebilangan besar jalan utama di ibu kota yang terjejas akibat banjir kilat semalam, kini pulih seperti biasa.

Semalam, kira-kira 12 jalan utama di ibu negara terjejas ekoran banjir kilat merangkumi Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Kuching, Jalan Semantan, Jalan Maarof, Jalan Dutamas, Jalan Duta, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Putra, Jalan Masjid India, Jalan Melaka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati daripada 12 jalan yang terjejas, Alam Flora masih melaksanakan kerja-kerja pembersihan di dua jalan iaitu Jalan Melaka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. – BERNAMA

Leave a Reply