Piala AFC: Felda United Azam Raih Tiga Mata Untuk Terus Mara

MARAN – Ketiadaan lima pemain utama termasuk ketua pasukan, Shukor Adan bukan alasan untuk Felda United tidak meraih tiga mata apabila menentang Tampines Rovers di halaman sendiri dalam saingan Kumpulan G Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), hari ini.

Pengendali Felda United, B. Sathianathan berkata kemenangan yang diidamkan itu perlu dijelmakan bagi memastikan skuad The Fighters mampu mengorak langkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut.

Apa yang kita mahukan ialah mencatat kemenangan bagi mendapat tiga mata. Ini kerana kita sekarang berada di tangga kedua dan berpeluang memperbaiki kedudukan dan mara lebih jauh,” katanya pada sidang media di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka di sini semalam.

Leave a Reply