Felda United Mahu Cari Pemain Import Baharu

MARAN – Felda United akan mendapatkan pemain import baharu ekoran persembahan hambar yang menyaksikan mereka dihukum kelab daripada Singapura, Tampines Rovers dengan kekalahan 1-3 pada saingan Kumpulan G, Piala Konfederasi Asia (AFC) di sini malam tadi.

Ketua Jurulatihnya B Sathianathan berkata tindakan tersebut bakal diambil ketika jendela perpindahan pemain yang dijadualkan antara 15 Mei hingga 11 Jun depan tamat.

“Kita lihat pemain import yang ada dalam pasukan kini tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan mentang Tampines Rovers malam ini (malam tadi).” – BERNAMA

Leave a Reply