Kilang Penapis Gula Terbesar Malaysia Siap 80% Pembinaan – Isa Samad

JEMPOL – Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila beroperasi ia dijangka mampu mengeluarkan satu juta tan metrik gula bertapis setahun.

“Ini akan menjadikan MSM (MSM Malaysia Holdings Bhd) bukan sahaja dapat menjual gula bertapis di pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply