Melaka, Felda United Muncul Juara Liga Futsal Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Pasukan Melaka dan Felda United masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, selepas berakhirnya kesemua perlawanan hari ini.

Melaka mengesahkan kejuaraan dengan 43 mata daripada 16 perlawanan, walaupun tewas 2-4 kepada Pahang pada aksi terakhir di Arena UPSI, Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Pahang menamatkan kempen di tempat kedua dengan 35 mata, diikuti oleh Felda United (34 mata) dan KL City FC (24 mata), menurut laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), www.fam.org.my. – BERNAMA

Leave a Reply