JAWI Harus Bertindak Terhadap Dakwaan Tiada Larangan Homoseksual Dalam Islam

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu mengambil tindakan tegas ke atas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah di sisi agama Islam.

Menurut beliau, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual. Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.

“Bila kita menyebut tentang LGBT, secara automatik, ramai di antara kita akan pergi kepada cerita Nabi Luth dan kaum dia (kaum Sadum), yang mana berdasarkan ayat Qur’an, dalam surah Al-A’raf ayat 80, yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth, أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ.”

“Fahisyah ini perbuatan keji dan keburukan yang menyebabkan Allah S.W.T melaknat golongan gay dan homoseksual ini adalah berpunca daripada surah ini. Inilah sumbernya. Di dalam hadith, tidak ada satupun yang menyatakan tentang hukum homoseksual secara jelas.” (Read more at: https://www.menara.my/al-quran-tidak-larang-homoseksual-afiq-m-noor/)

Apa yang Afiq tidak maklumkan ialah ayat seterusnya (Surah al-A’Araf ayat 81) yang berbunyi, “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

[“INDEED, YOU APPROACH MEN WITH DESIRE, INSTEAD OF WOMEN. RATHER, YOU ARE A TRANSGRESSING PEOPLE!” (QUR’AN, 7:81)]

Ayat ini jelas Allah mengharamkan perbuatan hubungan seks sesama lelaki.

Jika Jawi boleh dakwa Raja Bomoh, Ibrahim Mohd Zin, yang tidak dianggap serius oleh kebanyakan orang kerana mencemarkan Islam, sesuatu harus dilakukan ke atas Muhammad Afiq ini yang jelas memutar belit al-Quran dan hukum Allah s.w.t.

Tidak seharusnya kerana beliau pernah menjadi peguam Anwar Ibrahim maka Jawi memejam mata terhadap penyelewengan agama seperti ini.

Kenyataan beliau sangat merbahaya kerana beliau dilihat sebagai orang berilmu dan ini boleh mempengaruhi kumpulan anak muda yang berfikiran songsang dan kurang didikan agama.-MYKMU.NET

Leave a Reply