Insiden Tampar: PTVM Mohon Maaf Bagi Pihak MIG, David

KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) hari ini memohon maaf bagi pihak anggotanya, Metroweatlh (MIG) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutifnya David Teo yang didakwa bersikap biadap semasa sesi dialog program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Perdana Menteri semalam.

Presiden PTVM Datuk Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya yakin tindakan David, sehingga ditampar seorang pelakon, tidak berniat untuk berlaku biadap atau merosakkan majlis dan kejadian berlaku tanpa dirancang.

“Ini satu kerugian besar yang mana peluang baik disia-siakan dengan insiden buruk tersebut. Harapan saya sebagai Presiden PTVM, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memaafkan David dan Mat Over serta tidak serik untuk terus membantu industri kreatif negara,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Leave a Reply