Rakyat Malaysia Tidak Terlibat

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan kereta yang berlaku di Times Square, New York pada Khamis.

Dalam insiden tersebut, sebuah kereta telah melanggar orang awam di Times Square pada tengah hari (waktu tempatan), menyebabkan seorang wanita berumur 18 tahun terbunuh dan mencederakan 22 orang yang lain.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa tempatan, insiden tersebut tiada unsur keganasan dan sedang disiasat sebagai satu kes kemalangan.

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau keadaan tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply