Semarakkan Ihya’ Rahmat Ramadhan FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 Sabtu Ini!

Sempena dengan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengambil peluang untuk mengadakan program Ihya’ Rahmat Ramadhan FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 pada hari Sabtu ini.

Bersamaan dengan 15 Ramadhan 1438 Hijrah, program ini akan diraikan bersama dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun razak yang bakal diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beberapa acara turut diselitkan sepanjang program sehari ini iaitu taklimat Projek Perumahan RMR1M FELDA SPNB, penyerahan replika cek sumbangan duit raya, sumbangan kepada Jawatankuasa Masjid dan sumbangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu majlis berbuka puasa beramai-ramai dan solat fardhu berjemaah juga solat terawikh turut diadakan.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyemarakkan majlis bersejarah ini.

Leave a Reply