Isu FGV: Tangani Dengan Baik, Jangan Sampai Jejas Peneroka – Razali

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menggesa semua pihak yang terlibat dalam kemelut Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) agar tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kepentingan peneroka.

Menerusi video temubual bersama Astro Awani berdurasi 40 saat itu, beliau menyatakan sekiranya kemelut ini tidak ditangani dengan baik ia berisiko merencatkan pelan strategik perniagaan FGV.

“Ia boleh menjejaskan usaha pembangunan industri kelapa sawit serta ramai yang terlibat dengan perusahaan dan perniagaan FGV ini,” katanya.

Dalam temubual tersebut, Razali turut menyarankan agar semua pihak memberi ruang kepada proses siasatan serta usaha pemulihan yang sedang dijalankan.

“Pergeseran yang berlaku ini janganlah sampai kita terlupa kepada ‘fundamental’ atau asas FGV yang masih baik dan tumpuan harus terarah kepada perniagaan,” tegas beliau.

Leave a Reply