SPRM Akan Panggil Lebih 50 Orang Bagi Keterangan Dalam Siasatan FGV

Lebih 50 orang akan dipanggil beri keterangan kepada SPRM dalam minggu ini untuk siasatan mengenai isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki juga tidak tolak kemungkinan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dan CEO Datuk Zakaria akan turut dipanggil.

Beliau memberitahu menerusi satu kenyataan Isnin,buat masa ini pasukan penyiasat akan merakam percakapan semua saksi terlebih dahulu untuk memperkukuhkan dan melengkapkan siasatan.

Katanya jangka masa untuk melengkapkan siasatan bergantung pada kerjasama yang diberikan oleh saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Azam kata keterangan semua individu terbabit sangat penting bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan.

“Kami percaya dengan keterangan yang bakal diambil, dapat membantu SPRM menyelesaikan siasatan kes ini secepat mungkin,”katanya. – AGENDA DAILY

Leave a Reply