FELDA “Tawan” Putrajaya


PUTRAJAYA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka menawan Dataran Persiaran Perdana Presint 3 Putrajaya dalam karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan pada 21-23 Julai.

“Lebih 50 program telah disusun sepanjang 3 hari karnival dan dijangka menarik 30 ribu pengunjung,” Dato Razali Ibrahim.

Turut menyertai Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ialah Les Copaque Production Sdn Bhd melalui Upin Ipin yang akan membawa satu persembahan istimewa bertajuk “Meneroka Felda bersama Upin ipin”.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Razali Ibrahim berkata,tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk berkongsi kejayaan Felda kepada umum. Banyak kejayaan Felda yang orang awam tidak tahu dan perlu tahu.

“Jadi matlamat utama penganjuran pada tahun ini adalah,kita berkongsi semua kejayaan Felda kepada semua,”katanya.

Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ini berlangsung selama 3 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dimana YAB Perdana Menteri dijangka hadir untuk merasmikan Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan pada Ahad 23 Julai.

 

One thought on “FELDA “Tawan” Putrajaya

Leave a Reply