Ekspresi Felda Negaraku Malaysia Bersama Upin & Ipin

Pasangan kembar animasi popular tanah air, Upin dan Ipin bakal memeriahkan sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017, bulan ini di Putrajaya.

Bertemakan ‘Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia’, Upin dan Ipin akan membawa persembahan istimewa bertajuk “Meneroka FELDA Bersama Upin & Ipin” yang direka khas untuk sambutan bersejarah itu.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain akan dipersembahkan oleh Upin dan Ipin sepanjang acara ini berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antaranya seperti permainan interaktif dari LC Games Developmen, bertemu dan beramah mesra dengan pengisi suara watak-watak dalam siri animasi ini seperti Opah, Tok Dalang, Kak Ros, Mei Mei, Ehsan, Main, Jarjit, Fizi dan Uncle Muthu.

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) turut sama membuka ‘booth’ pameran interaktif media bagi mendidik dan membuka ruang kepada anak-anak muda khususnya dari FELDA tentang dunia IT dan Multimedia.

Sambutan Hari Penerika FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 ini dijangka dihadiri lebih dari 50 ribu orang.

Ia bakal berlangsung dari 21 hingga 23 Julai ini di Dataran Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya.

Leave a Reply