Kesungguhan Pemain Felda, Tonik Catat Kemenangan Besar

MARAN – Kesungguhan dipamerkan pemain Felda United menjadi tonik mujarab buat pasukan itu untuk mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas T-Team pada saingan Liga Super malam tadi.

Ketua Jurulatihnya B. Satiananthan berkata kejayaan itu juga sekali gus memperbaiki kedudukan The Fighters yang kini menghuni tangga keempat liga selepas mengutip tiga mata penuh di Stadium Tun Abdul Razak, di sini.

“Kemenangan besar ini adalah komitmen, kerjasama dan keazaman yang tinggi dalam kalangan pemain import dan tempatan.” – BERNAMA

Leave a Reply