Suami Isteri Maut Kemalangan Lima Kereta Di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku kira-kira 9.45 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora. – BERNAMA

Leave a Reply