Serangan Keatas Felda Dirancang Demi Menjayakan Politik Kotor

Kata orang tua-tua, semakin kita berjaya, semakin kuatlah cabaran yang menanti. Inilah nasib yang diterima oleh Felda sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu. Kebelakangan ini, antaara topik yang hangat di perkatakan dikalangan pembangkang adalah untuk menyelamatkan Felda yang didakwa mereka telah ditekan dengan teruk akibat menanggung hutang yang mencecah angka RM 100 ribu setiap seorang.

Malah, sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerap mengaitkan Felda dengan pelbagai skandal termasuklah dijadikan lubuk kewangan oleh kerajaan bagi melangsaikan hutang piutang kerajaan termasuklah 1MDB. Agak menghairankan, kenapa Felda dan deretan anak syarikatnya kerap diserang oleh pembangkang?

Mari kita menyoroti sedikit sebanyak sejarah penubuhan Felda pada 1957. Felda yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak merupakan satu usaha awal kerajaan untuk membantu kaum Melayu dan Bumiputera keluar dari kelompok kemisikinan semasa awal kemerdekaan negara.

Bermula daripada penerokaan hutan sehinggalah penanaman getah dan kelapa sawit, modul yang dicipta khas ini sedikit sebanyak telah berjaya membawa keluar kaum Melayu dan Bumiputera keluar dari kelompok kemiskinan. Selama bertahun-tahun Felda menjalankan operasi menjadi pengeluar komuditi terbesar negara dan ianya menjadi satu-satunya projek rancangan penempatan semula penduduk terbaik dan terulung di dunia.

Dari segi politik pula, tidak dinafikan Felda merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO untuk terus meraih kemenangan pada setiap Pilihan Raya Umum. Melihat kepada semua ini, secara logiknya, sudah pasti pihak pembangkang akan menyasarkan Felda sebagai salah satu lokasi di mana mereka harus tawani terlebih dahulu sekiranya mahu membentuk sebuah kerajaan.

Justeru, tidak hairanlah semasa perlancaran Pakatan Harapan baru-baru ini, agenda membabitkan Felda dimasukkan sekali dalam 10 agenda utama mereka andai berjaya membentuk kerajaan. Mungkin juga kenyataan ini agak keras namun harus diingat, DAP tidak suka melihat sebarang kejayaan dicipta oleh kerajaan terhadap kaum Melayu terutamanya sekali memberi imej baik kepada kerajaan.

Oleh yang demikian, selain daripada 1MDB dan deretan GLC milik kerajaan yang kerap diserang, Felda juga tidak terkecuali. Benar, Felda dan deretan anak syarikatnya juga ada melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Namun, apa yang pasti, pihak pengurusan Felda sentiasa mengambil inisiatif tambahan bagi memastikan tahap keyakinan rakyat terutamanya para peneroka Felda kembali.

Lihat sahaja kenyataan Pengerusi Felda, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dalam segmen Bual Bicara yang disiarkan oleh TV3 semalam, beliau memberitahu, sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan berkenaan, beliau mengkaji sedalam-dalamnya permasalahan sebenar yang membelenggu Felda sehingga ianya dijadikan bahan politik kotor pembangkang.

Beliau menegaskan, masalah yang menimpa Felda ini sebenarnya adalah atas kesilapan keputusan yang diambil oleh Board of Director di mana pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang siasatan diambil oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap semua urusniaga yang melibatkan Felda dan anak-anak syarikatnya.

Beliau cukup optimis untuk membersih dan memperbetulkan semula Felda bagi mengembalikan semula keyakinan semua phak terutamanya para peneroka. Tegas beliau, hari ini, Felda sudah kembali stabil dan pada masa yang sama, pihaknya sentiasa menilai semula semua pelaburan yang dibuat sebelum ini bagi membolehkan Felda menjana semula keuntungan berterusan.

Usia 60 tahun bukanlah satu usia yang singkat. Seharusnya para peneroka mengakui bahawa jika tidak kerana penubuhan Felda 60 tahun yang lalu, mungkin sahaja kaum melayu dan Bumiputera hari ini kekal berada dalam kelompok kemisikinan. Felda merupakan satu wadah sebenar yang memperjuangkan nasib kaum Melayu dan Bumiputera luar bandar dan sekaligus memangkin kekuatan ekonomi negara menerusi hasil komuditi.

Mudah untuk menuduh sesuatu yang mereka sendiri gagal untuk kemukakan bukti. Namun, andai dilihat di kesemua Rancangan Felda yang ada di seluruh negara, hari ini kita tidak akan dapat melihat lagi rumah asal penduduk di Felda. Paling utama, penduduk di semua Pusat Rancangan Felda hari ini boleh berbangga dengan kejayaan yang mereka rintis sejak 60 tahun yang lalu. – PRU14.TV

Leave a Reply