Aspirasi Generasi Baru Bakal Mencorak Masa Depan FELDA

Karnival Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia telah mengumpul generasi pertama hingga ketiga dan mungkin keempat juga turut serta bersama-sama. Generasi baru FELDA seperti generasi ke dua dan ketiga, banyak memberi perubahan kepada FELDA mengikut arus masa. Kerajaan mengambil pendekatan ini dengan mengumpul serta berbincang dengan generasi-generasi ini bagi membolehkan perubahan yang menjadi kehendak mereka diketahui dan dilaksanakan.

Secara umumnya, generasi-generasi FELDA ini mengharapkan sesuatu yang baik iaitu agensi ini diurus dengan amanah mengikut lunas Islam. Tidak lupa juga pembangunan modal insan generasi itu sendiri bagi membolehkan FELDA dilihat sebagai satu agensi yang mantap dimata dunia. Ada pendapat yang mahukan agar generasi FELDA ini harus tingkatkan sahsiah diri dan ilmu pengetahuan supaya FELDA lebih terkenal dan kekal sebagai satu agensi yang boleh memberi kehidupan yang baik kepada peneroka.

Generasi FELDA juga mengharapkan agar wujud akademi sukan untuk melahirkan bakat generasi-generasi dari anak-anak peneroka sendiri. Selain itu, FELDA juga diharapkan agar NGO yang ditubuhkan dalam FELDA mengambil pandangan dari anak-anak FELDA yang jadi ahli Majlis Belia FELDA Malaysia itu, ambil anak-anak peneroka sebagai ahli dan usul yang dibawa diangkat kepada pengurusan FELDA contohnya perumahan generasi baru FELDA, tanah lot kepada generasi kedua dan pelbagai lagi diperingkat cawangan dan wilayah.

Jika dilihat sekarang ini kita berada dalam arus kemodenan dan perubahan teknologi. Tetapi kebanyakan teknologi yang kita guna pakai sekarang ini adalah dari negara luar seperti Jepun, Amerika Syarikat, China dan beberapa negara lain. Generasi FELDA diharapkan agar lihat kedepan sebagaimana perubahan dunia sekarang. Sebagai contoh, di Amerika tidak ada pokok kelapa sawit dan mereka tidak gunakan teknologi mereka untuk keperluan kita. Jadi, generasi FELDA harus fikirkan sesuatu seperti buat alat robotik dan fikirkan aplikasi yang ada kena-mengena dengan sains dan teknologi dalam mengubah FELDA.

Tambahan lagi,generasi baru yang bakal mendukung FELDA ini bakal menjadii aspirasi dan model kepada masyarakat luar. Haruslah dikembangkan dan perkasakan generasi ini dalam bidang pendidikan, sains, teknologi, tahfiz atau bidang-bidang baharu yang lain. Kejayaan generasi FELDA ini bakal mengangkat FELDA ke satu tahap yang lebih dikenali dimata dunia.

 

Oleh:

Leave a Reply