Pentingnya Muafakat, Ikhlas Dalam Memantapkan FELDA

Segala aspirasi yang disuarakan anak muda terutamanya generasi FELDA kini diangkat lagi seterusnya dengan sesi Dialog TN50. Dialog TN50 “Aspirasi Warga Felda” dibincangkan dengan bersama panel Pengerusi Felda sendiri iaitu Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Dialog TN50 ini diadakan sempena Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Muhammad Fadzli Hasan, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBFM) sebagai melancarkan lagi majlis.

Dalam dialog tersebut, banyak perkara dan aspirasi yang dibincangkan terutamanya bagi menginovasikan harapan masa depan FELDA di seluruh Malaysia. Dengan membawa tema “Dulu, Sekarang dan Masa Depan FELDA”, pelbagai fasa dan perubahan telah dilakukan sejak 61 tahun dahulu. Ditubuhkan pada tahun 1956 dan sekarang ini generasi Felda sudah ada tiga generasi dan generasi ke empat bakal tiba dengan lebih banyak perubahan akan berlaku seiring dengan faktor keadaan dan masa.

Perbincangan dimantapkan lagi dengan hala tuju bagaimana kita mencorakkan FELDA pada tahun 2050 akan datang. Maka pada tahun tersebut, Felda akan mencapai umur 94 tahun. Jika berbalik kepada sejarah tertubuhnya Felda pada masa itu, bapa kepada Perdana Menteri kita Dato Sri Mohd Najib iaitu Tun Abdul Razak,menggunakan pendekatan harus membangun secara seimbang. Allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai wawasan yang sangat tinggi dengan berfikir bagaimana untuk seimbangkan ekonomi rakyat terutamanya yang tinggal diluar bandar pada masa itu. Kemudian, Allahyarham Tun Abdul Razak mewujudkan FELDA sebagai satu agensi bagi mengangkat keluar kemiskinan rakyat luar bandar melalui proses ekonomi pertanian.

Pada peringkat awal, pertanian dimulakan dengan tanaman pokok getah dan kelapa sawit yang mana telah membuahkan hasil bukan saja kepada masyarakat peneroka pada masa itu, tetapi juga meningkatkan hasil kepada ekonomi negara. Wawasan Allahyarham Tun Abdul Razak pada masa itu mengharapkan sesuatu yang tinggi untuk membangunkan kawasan luar bandar. Jika dilihat terdapat beberapa agensi diwujudkan semata-mata untuk membangunkan wilayah tertentu seperti KEJORA dan DARA pada masa itu yang mana ketika itu agensi-agensi itu adalah untuk membangunkan wilayah luar bandar. Sehingga ke hari ini alhamdulillah, FELDA tidak pernah dibuabarkan kerana agensi ini membangun dengan hasil permuafakatan dan pentadbiran yang sangat baik sehingga ke hari ini. Dengan kekalnya FELDA, kita masih boleh berbicara tentang masa depan FELDA dibawah TN50 bagi melakukan perubahan-perubahan baru kearah satu tahap yang lebih berinovasi dari sekarang.

Hakikatnya, FELDA bermula dari getah dan kelapa sawit dan tanah yang diperoleh peneroka adalah sebagai pemudah cara untuk meningkatkan ekonomi kehidupan. Apa yang hendak kerajaan bangunkan sekarang adalah rakyat, individu dan bukannya tanah, pokok getah atau pokok kelapa sawit. Semua itu hanyalah pemudah cara untuk kekuatan ekonomi untuk bangunkan keluarga, masyarakat dan negara. Jadi disini apa yang kita hendak tekankan, bagaimana hendak bangunkan “Human Development”.

Bagaimana generasi pertama FELDA keluar dari kemiskinan? Seperti kita ketahui, terdapat 1.2 juta jumlah keluarga FELDA di seluruh negara sekarang ini. Jika kita lihat, masa depan FELDA ditentukan oleh golongan wanita kerana mereka yang semakin ramai sekarang ini. Negara kita sudah melalui transformasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanya melibatkan idea dan pandangan dari generasi muda. Jadi, kerana itu saya melihat kerja asas FELDA iaitu balik kepada nilai prinsip yang menjayakan agensi ini sehingga ke hari ini.

Apa yang paling penting ialah, permuafakatan demi mencapai kejayaan dalam FELDA. Contohnya terdapat 400 keluarga dalam ssebuah FELDA itu dan ditadbir oleh sepuluh orang pentadbir. Bagaimana hendak menanam kelapa sawit dan getah, caranya bagaimana dan seterusnya. Kerjasama antara petugas pentadbiran dan peneroka serta permuafakatan inilah yang membuahkan hasil kepada peningkatan ekonomi FELDA.

Terdapat beratus-ratus aspirasi yang telah dilontarkan oleh generasi belia FELDA dalam Dialog TN50 itu tadi. Apa yang penting, Pengerusi FELDA menekankan tentang kesetiaan kepada nilai-nilai lain seperti ikhlas dan berintegriti dalam meningkatkan hasil kerja FELDA. Gunakan peluang yang ada untuk laksanakan objektif dan matlamat FELDA untuk lebih berjaya akan tercapai pada tahun 2050. Kerana generasi FELDA hari inilah penentu masa hadapan FELDA dan negara.

 

Oleh: Naha.

Leave a Reply