Felda Dekat Di Hati PM Najib – Puad Zarkashi

KUALA NERUS – Sebanyak enam insentif diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peneroka termasuk insentif khas berjumlah RM5,000 bersempena sambutan Hari Peneroka Felda 2017 semalam membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan Felda.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi, ia sekaligus menafikan segala tohmahan pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak akan membela nasib golongan peneroka dan Felda akan muflis.

“Ini turut membuktikan perdana menteri melihat golongan peneroka Felda adalah satu keutamaan dan dekat di hatinya memandangkan ia adalah perjuangan bersama antara beliau dan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) yang memperjuangkan penubuhan Felda.

“Perdana menteri sangat komited untuk membantu para peneroka dan golongan generasi kedua terus mendapat manfaat daripada pelbagai program yang kerajaan laksanakan untuk mereka sehingga apa yang dilakukan kerajaan ini mendapat perhatian daripada negara lain,” katanya.

Puad yang juga ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri JASA di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.