98 Pelajar Politeknik Di Kulim Keracunan Makanan

KULIM – Sebanyak 98 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), di sini dikejarkan ke Hospital Kulim selepas mengalami keracunan makanan, pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pelajar berkenaan telah dilaporkan sakit dan dibawa ke unit kecemasan dan trauma Hospital Kulim kira-kira pukul 9 pagi.

“Siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mendapati pelajar mula mengalami simptom pada petang 24 Julai sekitar pukul 7.30 petang sehingga jam 7.00 pagi.

Simptom tersebut disyaki berpunca daripada nasi minyak, ayam masak merah dan kuah dalca yang dimakan semasa jamuan Aidilfitri anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik yang diadakan semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Norhizan berkata, maklumat awal mendapati nasi minyak, ayam masak merah dan kuah dalca disediakan oleh katerer dan dibungkus seawal 8 pagi pada 24 Julai oleh pelajar sendiri. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.