Dahulu Susah, Sekarang Senang Atas Bantuan FELDA & Kerajaan – Luahan Adik Penerokawati

KUALA LUMPUR – Seorang pelayar laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya tinggal dengan kakak kandungnya di tanah Rancangan FELDA telah banyak merubah hidup kakaknya.

Intan Samsiah Rahim menulis, permulaan kehidupan di tanah rancangan memang sedikit susah dengan kemudahan yang serba kekurangan.

Malah, hasil mengerjakan kebun untuk bercucuk tanam juga masih lagi tidak memberikan pulangan hasil untuk kelangsungan hidup.

Namun, kata Intan, kesusahan itu tidak mematahkan semangat kakaknya untuk terus berusaha mengerjakan tanaman di kebun selain mengambil upah menjahit untuk mencari sumber pendapatan.

Di penghujung tulisan perkongsian kisah tinggal di FELDA, Intan memberitahu setiap kejayaan yang terhasil memerlukan pengorbanan iaitu membenarkan pengurusan tanah dibuat oleh FELDA hingga mendatangkan hasil lumayan memudahkan kehidupan kakaknya ketika ini.

Intan juga menasihati tidak perlu mendengar rungutan dan hasutan dari pihak pembangkang yang ternyata cemburu serta tidak berusaha untuk mengubah hidup sendiri selain menyalahkan kerajaan atas kepayahan yang dialami sekarang.

Berikut adalah luahan dan cerita Intan yang pernah tinggal di FELDA Inas, Kuali Johor bersama-sama dengan kakaknya.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.