Peneroka & Saham FGV: Nikmat Mana Yang Anda Ingin Nafikan?

KUALA LUMPUR – Masyarakat umum sering kali menyalahkan kerajaan dan FELDA Global Ventures Sdn Bhd (FGV) mengenai jual beli saham yang dibuat oleh peneroka tanpa memahami proses sebenar mengenai saham.

Sekali pun diberikan keterangan dan maklumat yang lengkap, masih lagi ada pihak yang cuba untuk menyampaikan perkara yang salah hinggakan menghasut peneroka menghentam kerajaan dan FGV semula.

Seorang pelayar laman sosial Facebook telah memberikan penerangan mengenai jual beli saham oleh peneroka.

Ab Jalil Backer berkata, jual beli saham oleh peneroka tidak dipaksa oleh FGV.

Malah, hasil dari pembelian unit saham, peneroka-peneroka telah menerima keuntungan dua kali ganda dari pinjaman yang dibuat di bank.

Namun, atas kesilapan tidak membuat pembayaran pinjaman bank, peneroka menanggung sedikit beban hutang.

Ada pihak yang cuba menghasut peneroka agar membenci pihak kerajaan dan FGV kerana telah menyebabkan mereka menanggung hutang walhal kerajaan dan FELDA telah mengambil keputusan untuk mengambil alih hutang-hutang kepada bank-bank.

Bukan itu sahaja, setiap tahun peneroka-peneroka masih lagi menerima keuntungan dan dividen perniagaan FGV.

Pun begitu, perasaan marah dan benci tetap ditiup marak kepada kerajaan dan FELDA oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ab Jalil Backer berkata, hasil dari pelbagai kesenangan dan manfaat yang diterima oleh peneroka dari penyenaraian saham tersebut, masih ada lagi nikmat yang dinafikan oleh mereka yang berniat jahat.

Berikut adalah tulisan oleh Ab Jalil Backer.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.