Portal Sebenarnya.my Terima 7.94 Juta Layaran Sejak Dilancarkan Jun 2017 – KKMM

KUALA LUMPUR – Portal sebenarnya.my yang diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk membudayakan amalan menyemak maklumat dalam kalangan masyarakat sebelum disebarkan, mendapat 7.94 juta layaran (views) sejak dilancarkan Mac lepas.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jumlah layaran itu adalah setakat akhir Jun lepas yang sekali gus menunjukkan portal berkenaan mendapat reaksi positif masyarakat supaya lebih ‘celik fakta’ dan waspada sebelum menyebarkan berita yang tidak ditentu sahkan.

“Portal yang membawa slogan ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’ ini membolehkan orang awam menyemak berita dalam talian yang diragui kesahihannya, sama ada diterima melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan sebagainya,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang ingin tahu jumlah layaran dan maklum balas terhadap portal itu.

Menurut kementerian, masyarakat awam di media sosial juga mengakui keberkesanan portal itu dalam membantu kerajaan menangani penularan maklumat tidak sahih atau palsu yang diterima secara dalam talian. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.