Ramai Tidak Fahami Hak Pengguna Dalam Sektor Komunikasi Dan Multimedia

CYBERJAYA – Ramai dalam kalangan rakyat negara ini didapati masih tidak menyedari hak mereka sebagai pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia termasuk kewujudan Forum Pengguna (CFM

Consumer Forum of Malaysia) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berfungsi sebagai badan khas bagi melindungi hak pengguna dalam sektor itu.

Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid berkata berikutan itu pihaknya kini giat mempromosikan forum itu yang ditubuhkan sejak 2001, yang bukan sahaja untuk mendidik pengguna tetapi juga untuk mengendalikan aduan dan pertikaian pengguna dalam sektor berkenaan.

“Selain berfungsi sebagai tempat aduan ataupun menyelesaikan masalah dalam isu perkhidmatan telekomunikasi, misi kami juga adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak, ” katanya ketika ditemui di pejabat MCMC, di sini hari ini.

Menurutnya bagi mempertingkatkan pemahaman orang ramai, CFM akan berusaha untuk menyampaikan maklumat berkaitan melalui pelbagai saluran temasuklah laman sesawang rasmi, media dan saluran aplikasi mudah alih.

“Kami juga sering melibatkan komuniti, pelajar dan universiti bagi berkongsi peranan CFM di samping mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab mereka sebagai pengguna.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.