Maklumbalas FELDA Kepada Berita Harian Berkaitan Insentif Peneroka

Terdapat dua soalan yang dikemukakan oleh Berita Harian. Berikut adalah jawapan dari Unit Komunikasi Korporat FELDA.

Soalah 1: Komen bina rumah ke-2 atas 1 lot tapi guna pembiayaan sendiri. Kenapa tak guna pinjaman peruntukan yang disediakan pada tahun 2005?

Jawapan: 

FELDA menyediakan Pinjaman Pembesaran Rumah kepada peneroka-peneroka yang berkelayakan sejak tahun 2005. Walaupun begitu pinjaman tersebut adalah untuk pembesaran dan pengubahsuaian rumah asal dengan memberi keutamaan kepada rumah-rumah peneroka yang masih dalam bentuk asal dan tiada ubah suai tambahan dibuat pada mana-mana bahagian rumah dan jika ada ubah suai ianya di antara 10% hingga 30% daripada rumah asal.

Walaubagaiman pun, pembinaan rumah kedua di tapak yang sama adalah di atas pembiayaan peneroka sendiri.

 

Soalan 2: Apakah usaha yang dilakukan oleh FELDA untuk memujuk peneroka yang anti FELDA untuk kembali bersama FELDA semula?

Jawapan:

FELDA juga buat pertama kali secara rasminya, memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan peneroka yang menyaman FELDA, untuk kembali bermuafakat bersama FELDA. Tempoh kembali bermuafakat bersama FELDA ini adalah bermula Ogos 2017 bagi memastikan peneroka ini terus menghantar hasil kepada FELDA. Peneroka yang kembali bermuafakat adalah layak untuk menerima insentif-insentif yang diumumkan oleh YAB PM bermula pada bulan Februari 2018.

Salah satu usaha selain itu ialah FELDA turut telah membayar Insentif Raya dan Dividen Saham FGV hanya kepada peneroka yang bersama FELDA hampir setiap tahun sebagai salah satu cara untuk menarik peneroka yang tidak membayar hasil kepada FELDA kembali bersama FELDA. Pada tahun ini FELDA telah membayar insentif hari raya berjumlah RM47.28 juta dan juga dividen FGV berjumlah RM26.47 juta diagihkan kepada 94,555 peneroka yang bersama FELDA pada kadar RM780.00 seorang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dibayar sebanyak RM73.75 juta.

Selain itu juga, pelbagai program dilaksanakan di peringkat pengurusan Rancangan bagi memujuk peneroka-peneroka yang tidak bersama FELDA untuk kembali bermuafakat bersama FELDA sejak saban tahun. diantaranya ialah pengurus dan petugas rancangan FELDA membuat lawatan dari rumah ke rumah peneroka untuk berbincang secara bersemukamengenai isu-isu yang dialami oleh peneroka. Selain itu, FELDA turut menganjurkan Program Mesra FELDA atau pun Program Cakna Komuniti di Wilayah-wilayah FELDA bagi mendekati masyarakat peneroka dan memberi penjelasan berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh peneroka. Program-program tersebut dihadiri oleh pengurusan FELDA di semua peringkat bersama masyarakat peneroka.

Muafakat membawa berkat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.