Rabies: JPBN Wujud Zon Penampan Elak Tular Wabak

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk mewujudkan satu zon penampan antara Sarikei dan Sri Aman bagi mengekang penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila ke kawasan lain di Sarawak.

Di zon itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) akan membuat survelans dan mengambil sampel anjing untuk ujian makmal terutama di kawasan bandar, bagi menentukan status kawasan tersebut.

Sekretariat jawatankuasa itu dalam kenyataan di sini lewat petang ini pihak Majlis Kerajaan Tempatan di kawasan berkenaan pula akan mengambil tindakan untuk memastikan tiada anjing liar berkeliaran di kawasan seliaan mereka,” menurut .

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pencegahan dan Pengawalan Wabak Rabies (Sarawak-Kalimantan Barat) baru-baru ini bersetuju meningkatkan kerjasama antara dua negara bagi mengekang penularan wabak itu dengan memberi penekanan kepada lima perkara.

Ia terdiri daripada usaha mewujudkan komunikasi dua hala antara JPVS dengan Dinas Kesihatan Hewan, saling bertukar maklumat berkenaan dengan wabak Rabies, mewujudkan ‘Immune Belt’ atau jalur imun di sempadan kedua-dua negara, melarang eksport dan import haiwan, dan saling bertukar pengalaman serta latihan sekiranya perlu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.