Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Dalam Kotak

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan mati dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di Jalan Kovil Hilir, Sentul, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata bayi berkenaan dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas ditinggalkan di tepi jalan berkenaan.

“Mayat bayi itu telah ditemukan oleh seorang tukang cuci wanita sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Fizikal mayat bayi itu lebam, luka di badan manakala mukanya seperti melecur separuh dan kami percaya bayi berkenaan didera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini.

Munusamy berkata mayat bayi berkenaan diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.