Muhyiddin Patut Memikirkan Pelan Politik Sendiri

KUALA LUMPUR- Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memikirkan semula pelan politik beliau daripada mengesa berkenaan pelan pemulihan FELDA.

Perkara terbebut dinyatakan oleh pengguna Facebook  bernama  Ab Jalil Backer dalam muat naik status beliau semalam dalam mengulas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin.

Dalam muat naik status berkenaan, Ab Jalil Backer turut mengesa Tan Sri Muhyiddin mengumumkan pelan siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan jika menang PRU14.

Beliau turut menyatakan 3 perkara kenapa tidak perlu pelan pemulihan dalam FELDA.

1.Felda tidak perlu pelan pemulihan kerana ia bukan dalam masalah kronik dan Felda turut mempunyai aset berbelas bilion ringgit.

2.Perdana Menteri tidak perlu umum apa-apa pelan kerana beliau melaksanakan terus perubahan melalui pelantikan Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Samad.

3.Tan Sri Shahrir Samad sudah mengumumkan beberapa pelan perubahan arah tuju dan pengurusan dalam FELDA.

Dalam status berkenaan , beliau turut menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak membaca sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Daripada orang nombor dua dalam kerajaan, Muhyiddin sekarang menjadi orang nombor 6 atau 7 dalam pakatan pembangkang. Ini dipanggil pelan tak menjadi”, katanya lagi.

Sebelum itu, semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media menggesa satu pelan pemulihan kononnya masalah sebenar Peneroka FELDA tidak selesai dan insentif yang diberikan ketika Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan hanyalah gula-gula pilihanraya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.