FIC: Bekas CEO Beri Keterangan

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC), hari ini hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel oleh syarikat itu di Kuching, Sarawak pada 2014.

Mohd Zaid Abdul Jalil tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan sehingga jam 6.30 petang ini proses memberi keterangan masih belum selesai.

Setakat ini, SPRM menahan reman tiga individu sehingga 4 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang itu.

FIC dikatakan membelanjakan kira-kira RM160 juta untuk membeli hotel itu sedangkan harga semasa dipercayai lebih rendah iaitu sebanyak RM110 juta. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.