Bayi Maut Tersembam Dalam Buaian

BALIK PULAU: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut dipercayai lemas selepas tersembam di bantal di rumah keluarganya di Teluk Kumbar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Faris Dayyan Qhumainy Faizul Firdaus, ditemui pucat dalam buaian oleh ibunya yang baru pulang bekerja sebelum bergegas ke Hospital Balik Pulau (HBP).

Melati Mohammad, 32, mendapati anaknya berada dalam keadaan pelik dan langsung tidak bergerak ketika menjenguknya sebaik tiba di rumah.

“Ketika mengangkat Faris, saya terkejut melihat wajahnya pucat sebelum membawanya ke hospital.

“Bagaimanapun, doktor yang memeriksa mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan mengesahkan menerima laporan kejadian dan mangsa dibawa ke HPP tengah hari tadi bagi proses bedah siasat. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.