Harga Bahan Api Naik

PETALING JAYA: Harga bahan api naik untuk minggu pertama bulan Ogos dengan kenaikan sebanyak empat sen bagi petrol dan diesel enam sen.

Harga baharu RON95 akan naik kepada RM2.07 seliter daripada RM2.03 seliter sebelum ini manakala RON97 akan meningkat kepada RM2.32 seliter daripada RM2.28 seliter.

Diesel pula akan naik enam sen kepada RM2.05 seliter daripada RM1.96 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (3 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.