Budak Dikurung Dalam Almari

GUANGDONG – CHINA. Seorang kanak-kanak berusia satu tahun dikunci di dalam almari simpanan barang sementara ibu bapa serta adik beradiknya yang lain berenang di Guangdong, China.

Dalam rakaman video yang tular berkenaan, ibu kanak-kanak berkenaan dilihat cemas memberitahu pekerja untuk membuka almari sebelum dia mengambil anaknya yang menangis, lapor China Press.

Dipercayai, wanita berkenaan kehilangan kunci dan terpaksa meminta pekerja untuk membukannya.

Sementara itu, memetik Mirror.uk, pasangan itu dilaporkan mengakui meninggalkan anak mereka di sana bagi memudahkan mereka berenang dan tidak perlu menjaganya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh dia ditinggalkan di sana. – MIRROR.UK

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.