Felda United Dakwa Padang KB Teruk, ‘Lembu Pun Tak Nak’

KOTA BARU — Felda United menyalahkan padang stadium di sini yang didakwa terlalu teruk apabila seri 1-1 bertemu Kelantan malam tadi.

Ketua jurulatihnya B. Sathianathan mendakwa padang Stadium Sultan Muhammad IV tidak sesuai untuk permainan corak hantaran berpasukan, lapor Berita Harian.

“[…] saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini,” katanya, dengan menambah ia mungkin menyebabkan kecederaan pemain.

Sathianathan, yang pernah bersama Kelantan, menduga ketewasan pasukan negeri itu di tempat sendiri mungkin disebabkan padang tidak bermutu.

Beliau menggesa Kelantan meluangkan masa untuk membaiki keadaan itu.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata Felda United gagal menunjukkan permainan baik akibat pemain letih dan membuat banyak kesilapan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply