Buku ‘Dasar Buku Negara Dan TN50’ Dilancar

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melancarkan buku terbaharu terbitan Yayasan Harapan Budi bertajuk ‘Dasar Buku Negara dan TN50: Satu Perjuangan yang Perlu’ di Bangunan Parlimen, hari ini.

Buku setebal 156 muka surat itu memaparkan pelbagai usaha pembaharuan Dasar Buku Negara (DBN) khususnya bagi membantu menjayakan wawasan TN50 hasil daripada pengumpulan bahan-bahan oleh anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Ketika berucap pada majlis perasmian itu, Budiman yang juga Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), berkata buku itu lengkap menghimpunkan segala usahanya bagi mencapai tujuan pembaharuan DBN yang boleh dijadikan panduan oleh semua pihak.

“DBN yang telah diguna pakai sejak 1980-an perlu segera diperbaharui bagi menjadikannya lebih inklusif, seiring perubahan zaman digital, selain bertujuan merangsang minat rakyat kepada budaya membaca dan berilmu,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.