Mahathir Tidak Pernah Bangunkan Felda

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengingatkan kembali bahawa FELDA pernah cuba untuk diswastakan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana jelas Puad, FELDA secara jelas bukan legasi beliau dan Tun Mahathir sendiri tidak pernah cuba membantu untuk membangunkan FELDA seperti yang dilakukan Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya lagi, tindakan bekas perdana menteri itu adalah kerana beliau mengamalkan kroni kapitalism sekaligus berbeza dengan pertadbiran Perdana Menteri hari ini.

“Felda bukan legasi dia, sebab itu bila dia amalkan kroni kapitalisme dia hampir-hampir menswastakan Felda, tetapi bila dibangkang Tan Sri Alias, baru dia tak jadi. Kalau tidak Felda diswastakan sebab dia amalkan kroni kapitalisme. Sebab itu dia minta PROTON diswastakan, bila PROTON ada masalah, duit tak ada nak keluarkan model baru, dia minta pada Najib RM2 billion inject pada PROTON, mana boleh, itu syarikat swasta, dia swastakan.

“Bila ada masalah nak suruh kerajaan inject suruh cari partner luar negara tak nak, dia tak bagi, cuba kita tengok Perodua ‘partner’ dengan luar negara, jualan semakin meningkat.

“Felda hampir diswastakan kalau tidak dibangkang, sejak 1999 sehingga dia melepaskan jawatan perdana menteri dia tak pernah membantu Felda sebab Felda bukan di hati dia,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pandan di Ampang, Sabtu.

Mengulas lanjut, ia berbeza dengan usaha Tun Abdul Razak Hussein dahulu yang memperkenalkan Felda supaya bangsa Melayu keluar daripada garis kemiskinan hidup.

Usaha tersebut kemudiannya diteruskan anaknya iaitu Najib dengan mengumumkan enam insentif diberi kepada warga Felda.

“Sebab itu bila Perdana Menteri kita umumkan insentif pada hari Peneroka sejumlah RM1.58 billion maka mereka mengkritik dengan tidak menggunakan fakta, tetapi persepsi, guna duit kerajaan, dia kata ini one-off, dia kata RM1.58 billion bukan jangka panjang, sedangkan dia lupa bahawa sebulan sebelum itu sempena hari raya datuk seri najib umumkan duit raya sebanyak RM500, itu baru one-off.

“Yang penting tak ada bail out, macam Tun Mahathir buat bail out kpada syarikat perkapalan anak dia, kalau dia masih memerintah, PROTON pun agaknya akan di bail out,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan enam insentif bagi peneroka FELDA bagi tahun ini.

Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak serta bayaran balik pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV). – www.bnbbc.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.