Harga Bahan Api Naik

PETALING JAYA: Harga bahan api naik untuk minggu kedua bulan Ogos dengan kenaikan sebanyak lima dan tujuh sen bagi petrol, manakala diesel pula satu sen.

Harga baharu RON95 akan naik kepada RM2.12 seliter daripada RM2.07 seliter sebelum ini manakala RON97 akan meningkat kepada RM2.39 seliter daripada RM2.32 seliter.

Diesel pula akan naik satu sen kepada RM2.06 seliter daripada RM2.05 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (10 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.