FIC Ceriakan Pesakit Kanak-kanak PPUKM

KUALA LUMPUR – Felda Investment Corporation (FIC) menyumbangkan sebanyak 132 unit ‘play mat’ di dua kawasan permainan kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini sempena program Superheroes Day Charity Drive.

Timbalan Naib Presiden, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan FIC, Fathi Ahmad Shah berkata, program tersebut bertujuan memberikan keceriaan dan persekitaran lebih selamat kepada 150 pesakit kanak-kanak di wad hospital berkenaan.

“Selain itu, pelbagai barangan turut disumbangkan antaranya alat tulis, barangan permainan, baucar hotel, minyak terapi dan komik Upin dan Ipin yang diharap dapat menambah keceriaan dan mengurangkan beban dihadapi,” katanya ketika berucap pada program berkenaan hari ini.

Program amal yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (SCR) itu mendapat kerjasama daripada FIC Hospitality Management, Felda Wellness Corporation, Felda Trading Sdn. Bhd. dan Les Capaque Production. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply