Hulu Terengganu Diwartakan Kawasan Operasi Ketengah

KUALA BERANG – Keseluruhan daerah Hulu Terengganu kini diwartakan sebagai kawasan pentadbiran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Parlimen Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Katanya kawasan seluas 443,876 hektar yang meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu bertambah apabila sembilan mukim baharu dari Kuala Berang dan Telemong dimasukkan ke kawasan berkenaan.

“Kawasan yang bakal termasuk dalam kawasan operasi Ketengah ialah mukim Tanggol, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Kuala Berang dan Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tersat, dan menjadikan kawasan tersebut seluas 387,462,60 hektar.

“Buat masa sekarang kawasan tersebut hanya meliputi lima kampung dan empat buah felda di Dewan Undangan Ajil (DUN) iaitu Kampung Landas, Kampung Sungai Binjai, Kampung Tok Dor, Kampung Pela, Kampung Durian Kassim, Felda Jerangau, Felda Jerangau Barat, Felda Bukit Bading 1 dan Felda Bukit Bading 2, ” katanya dalam ucapan di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor. – BERNAMA

Leave a Reply