FGV Minat Tawar Kepakaran Logistik Dalam Projek ECRL

KUANTAN – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berminat menawarkan kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Pegawai bertanggungjawab FGV, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, FGV mempunyai kelebihan menyediakan perkhidmatan logistik untuk projek itu kerana kemudahannya berada berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan.

Pembinaan ECRL akan berpangkalan di Kuantan sebelum diperluas ke Kelantan dan Selangor.

“Kami sedang berusaha untuk menyokong projek itu dari segi menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa peralatan dan bahan binaan sepanjang projek ECRL. FGV boleh menjadi antara pusat logistik sehenti untuk projek itu.

“FGV mempunyai pengalaman dan rekod prestasi terbukti dalam keupayaannya menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan projek infrastruktur mega lain,” kata Khairil, sambil menambah dianggarkan 10 peratus tempoh pembinaan tujuh tahun bagi projek ECRL akan melibatkan sokongan logistik.

Kumpulan FGV melalui Sektor Logistik & Lain-lain (LO) baru-baru ini telah menjemput delegasi dari ECRL untuk melawat Kemudahan Pengangkutan Felda Kuantan Depot Open Yard Facility dan Felda Johore-Bulkers Kuantan Kuantan di Pelabuhan Kuantan, berhampiran Gebeng.

Katanya, pengembangan sektor LO akan memberi pendapatan tambahan yang baik kepada FGV walaupun sektor perladangan dan gula masih menjadi perniagaan teras bagi syarikat itu.

“Terdapat potensi besar untuk perniagaan logistik FGV untuk berkembang di dalam dan di luar negara dan salah satunya adalah melalui kerjasama strategik dengan syarikat terkemuka dalam industri berkaitan.

“Ia akan menjana pendapatan yang lebih stabil kepada FGV dan mengurangkan pergantungan terutamanya pada Sektor Perladangan dan secara tidak langsung memberikan pulangan yang mampan kepada para pemegang saham,” katanya.

“Terdapat potensi besar untuk perniagaan logistik FGV untuk berkembang di dalam dan di luar negara dan salah satunya adalah melalui kerjasama strategik dengan syarikat terkemuka dalam industri berkaitan.

“Ini akan menjana pendapatan yang lebih stabil kepada FGV dan mengurangkan pergantungan terutamanya pada sektor perladangan dan secara tidak langsung memberikan pulangan yang mampan kepada para pemegang saham,” katanya.

Pada masa ini perniagaan logistik FGV termasuk operasi pengangkutan pelbagai modal (MTO), penghantaran barang, pengangkutan kargo, tangki penyimpanan pukal, pergudangan dan pengendalian operasi terminal cecair di pelabuhan.

Dari segi aset logistik, FGV mempunyai hampir 500 trak, 15 hab pengangkutan, dua gudang, dua jeti dan sembilan kemudahan pukal dengan jumlah kapasiti melebihi 900,000 MT.

“Di peringkat global, usaha sama FGV dengan Westbury Group, Pakistan untuk mengembangkan kapasiti tangki penyimpanan tambahan 38,000 MT di Pelabuhan Qasim berada landasan dengan sebahagian15,000 MT siap pada bulan Mei. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.