Promosi Ayam Panggang Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR: Kedai Ayamas akan menawarkan promosi khas sempena sambutan Kemerdekaan negara, dengan pelanggan boleh membeli dua ekor ayam pada harga RM31.80 pada 31 Ogos, berbanding RM23.50 seekor.

Dalam kenyataannya hari ini, operator Ayamas, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd berkata harga promosi itu adalah berasaskan tarikh Kemerdekaan negara.

“Pelanggan boleh memilih barisan ayam khusus kami iaitu Golden Roaster, Pepper Roaster dan Percik Roaster,” kata syarikat itu.

Promosi sehari itu hanya eksklusif di semua  Kedai Ayamas, kecuali Ayamas Roaster Express GM Klang, selagi ada stok. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.