Pengalaman Bapa Kuat Bekerja Bantu Berjaya Dalam Perniagaan – Norlela Khalidah

Setiap dari kita mahukan kejayaan yang melimpah–ruah di dunia ini selepas kita berusaha dengan bersungguh sama ada dalam bentuk kewangan, kehidupan malah harta-benda yang dimiliki.

Sikap yang rajin berusaha tanpa mengenal erti putus asa adalah kunci kejayaan untuk setiap perkara yang terbaik kita mahukan.

Bagi seorang ahli perniagaan generasi baharu FELDA, anak kelahiran FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor, Norlela Khalidah Darmin, pengalaman tinggal dan menjalani kehidupan di tanah rancangan FELDA telah membantu membetuk diri dan peribadinya hingga menjadi ahli perniagaan dalam bidang perunding kewangan yang berjaya pada hari ini.

Bahkan, semangat dan kerajinan yang ditonjol oleh bapanya sedikit sebanyak memberikan aspirasi dan dorongan untuk Norlela menjadi berjaya dalam kehidupannya memandangkan kesusahan yang dialami sejak kecil memudahkan untuk dirinya menjalani perniagaan dengan mudah.

“FELDA menyediakan ‘equal opportunity’ atau pun kita panggil peluang sama rata kepada para peneroka. Jadi, ayah saya dahlu memang rajin buat kerja ‘part time’ seperti berkebun untuk menambah pendapatan.

“Kehidupan saya masa kecil di FELDA membantu membentuk karakter dan peribadi saya sekarang. Bila dalam bisnens, jadi sangat senang sebab telah diajar dari kecil melalui peluang yang saya dapat hidup di FELDA.”

Mempunyai pendapat kemiskinan yang dialami oleh manusia itu tidak diwarisi dari satu generasi ke generasi, perkataan miskin itu telah membantu Norlela berazam untuk mengubah hidupnya dan mahukan perkara yang lebih baik berlaku.

Norlela telah berazam untuk mengubah kerjaya dari menjadi jurutera kepada menceburi bidang perniagaan demi mendapatkan apa yang diingini. Dek kerana semangat untuk berusaha dan tidak mudah putus asa, Norlela banyak mendapat anugerah selepas menceburi bidang kewangan.

Antara anugerah yang diterima adalah Agensi Pengurus Terbaik, Perunding Unit Amanah Terbaik, dan banyak lagi.

“Saya faham, kemiskinan itu tidak diwarisi, maksudnya saya nak jadi lebih dari itu, saya nak kaya. Jadi kita cuba berniaga produk orang. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun, saya telah mengambil orang bekerja di bawah saya seramai 1,000 orang. Juga lebih dari setengah billion jualan, pelaburan, unit amanah yang kami uruskan.”

Untuk berjaya, Norlela menasihat generasi baharu FELDA perlua lengkap dengan ilmu untuk merancang kewangan dan perlu keluar dari zon yang selesa agar tidak mengalami nasib yang susah di kemudian hari. Setiap dari anak FELDA perlu menjadi agen perubah kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik.

“Generasi FELDA seterusnya kita mesti cemerlang dan mestilah faham bahawa kita ada sebab dijadikan oleh Allah sebagai manusia di dunia ini, ada matlamat dan setiap orang ada peranan masing-masing.”

“Matlamat tujuan yang sangat jelas bagi generasi FELDA baru adalah kita mahukan kehidupan di alam sana adalah yang kekal, selama-lamanya. Untuk dapatkan selama-lamanya tidak boleh duduk bermalas-malas. Tidak boleh duduk bersenang-lenang.”

Semoga kejayaan yang dikecapi oleh Norlela, memberi aspirasi buat generasi baharu FELDA menjadikan contoh untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

 

Tonton video :

Leave a Reply